Friday, May 21, 2010

PROGRAM PEMBAIKAN SEKOLAH (SIP)

Apa itu Program Pembaikan Sekolah?

1) Program daripada Kementerian Pelajaran yang dinamakan Program Pembaikan Sekolah (SIP) bagi membantu sekolah-sekolah yang belum mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) melonjakkan prestasi mereka.

2) Tujuan program ini ialah memberi peluang semua sekolah, tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar, mendapat pengiktirafan sebagai SBT.

3) Menerusi sistem baru ini setiap sekolah akan dinilai dan kementerian melalui para pegawai akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi membaiki kelemahan tertentu sekolah itu.

4) SIP mengandungi dua intipati utama iaitu toolkit pembangunan prestasi sekolah (SIT) bagi menganalisis kekuatan dan kekurangan sesebuah sekolah berdasarkan kepimpinan, guru, murid dan ibu bapa serta infrasruktur.

5) Hasil daripada analisis SIT itu setiap sekolah akan merangka dan merancang Pelan Pembangunan Prestasi sekolah masing-masing dan akan diserahkan kepada kementerian untuk dianalisis bagi menentukan pelan terbaik untuk sekolah itu.

SERLAHKAN POTENSI! TINGKATKAN PRESTASI!

No comments:

Post a Comment