Wednesday, May 19, 2010

1,225 cop tangan hargai jasa guru


SEBAHAGIAN pelajar dan guru memegang kain rentang yang mempunyai cop tangan dan slogan sempena sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Tasek Mutiara, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.


NIBONG TEBAL 21 Mei - Pelbagai cara dilakukan oleh murid-murid sekolah bagi menghargai jasa guru masing-masing sempena sambutan Hari Guru.

Bagi 1,225 orang murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara di sini, mereka merentang kain sepanjang 50 meter yang dipenuhi cop tangan masing-masing sebagai ikrar untuk menjadi pelajar terbaik.

Guru besar sekolah berkenaan, Hudzairi Abd. Ghani berkata, idea untuk mengadakan aktiviti itu datangnya dari beberapa orang guru yang mengajar di situ.

Jelasnya, ia berjaya disiapkan dalam tempoh seminggu hasil komitmen para guru dan murid yang begitu bersungguh-sungguh menjayakannya.

"Saya percaya ia merupakan kali pertama kain rentang terpanjang seumpama ini dibuat di Pulau Pinang sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

"Aktiviti ini adalah selaras dengan sasaran kami untuk menjadikan sekolah ini tersenarai dalam 10 buah sekolah terbaik di Pulau Pinang menjelang 2014," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di sini hari ini.

Sebelum majlis bermula, upacara memotong kek diadakan diikuti membaca ikrar yang diketuai seorang guru, Salindar Singh.

Penyelaras program Hari Guru sekolah itu, Mohd. Nor Suhaili Jamali pula memberitahu, pada kain rentang itu juga mengandungi pelbagai slogan berupa tulisan tangan pelajar sendiri.

"Tulisan tangan pada kain rentang ini begitu bermakna sekali, ia melambangkan kasih sayang pelajar kepada guru kelas masing-masing," katanya.

JELESNYA..NI LA SEKOLAH SAYA DULU..SEKOLAH KEDUA TEMPAT SAYA MENGAJAR SELEPAS SEKOLAH KEB TAMAN MERAK. SAYA MERUPAKAN SALAH SEORANG GURU YANG MULA BERTUGAS DI SEKOLAH YANG BARU BEROPERASI PADA JULAI 2004. FUHH..TAK TAU LA NAK CAKAP MACAMANA SEKSANYA KAMI MASA TU. DENGAN HANYA 16 ORANG GURU SAHAJA SEDANGKAN BANGUNAN SEKOLAH..MAK AIII..PUNYA LA BESAR.. KAMI DIBERI TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BESAR DAN BERAT UNTUK MEMULAKAN OPERASI SEKOLAH TERSEBUT. MASIH SAYA INGAT, DENGAN PENGALAMAN MENGAJAR YANG BARU 6 BULAN, SAYA DAN CIKGU2 LAIN TERPAKSA MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS FAIL, MENYIAPKAN BILIK2 KHAS DAN KELAS. SIAP CAT DINDING2 BILIK KHAS TU, TAKNAK DINDING KALER PUTIH..HUHU...PUSING2, MUKA TU LAH KETUA PANITIA, MUKA TU JUGAK LA AHLI PANITIA. MASA TU JUGAK SAYA DIPERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMEGANG JAWATAN PENYELARAS PPSMI DAN PENYELARAS MAKMAL SAINS YANG ADA 2 BILIK TU. NAIK SEMPUT SAYA DIKELILINGI DENGAN SEGALA MACAM PERALATAN ICT DAN ALATAN MAKMAL YANG BERKOTAK2 TU. MASA TU, TEBAL JE KAD STOK SAYA KENA PEGANG..ISH ISH..KALAU DIKENANG2 SEMULA, MEMANG SEKSA BETUL LA, MANA NAK MENGAJAR, MANA NAK SIAPKAN SEGALA TU LAGI. TAPI ALHAMDULILLAH, DALAM KEKALUTAN DAN SEMANGAT SEBAB TU SEKOLAH BARU, SEGALANYA SIAP. NAK MINTA TOLONG ORANG LAIN, SEMUA ADA TUGAS MASING2. INGAT LAGI PADA KAK NORLIA, DIA TENGAH SARAT MENGANDUNG MASA TU, TAPI BOLEH MEMANJAT TANGGA TEMPEK HURUF2 KAT DINDING LIBRARY. KAMI2 YANG BELUM KAWIN NI GAYAT..SO, JADI TUKANG HULUR KAT DIA.. :) AKHIRNYA, PADA DECEMBER 2005, SAYA BERTUKAR KE SEKOLAH KEB. PERMATANG TOK MAHAT ATAS ALASAN MENGIKUT SUAMI..HUHU..SEDIH TAK TERKATA..NANGIS SAMPAI BENGKAK2 MATA..MUNGKIN KERANA CINTANYA SAYA PADA SKBTM HINGGAKAN SEKARANG STICKER KERETA SKBTM MASIH MELEKAT ELOK DI KERETA SAYA, DAN STICKER SKPTM NI PULAK..BUKAN SAYA TAK TAMPAL, TAPI DAH 2 KALI DAH TAMPAL, CUMA TAK BERTAHAN LAMA..ASYIK TERCABUT AJE..NAPE EKK??

No comments:

Post a Comment