Saturday, May 22, 2010

PENJAWAT AWAM DILARANG BUAT SEBARANG BENTUK PERNYATAAN AWAM

15/05/2010 6:07pm

KUALA LUMPUR 15 Mei — Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam — lisan atau bertulis — kerana dibimbangi boleh menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.

Dalam surat edaran kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam mengingatkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi penjawat awam berkaitan pernyataan awam.

"Dimaklumkan bahawa, Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk pernyataan awam yang dibuat pegawai awam sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.

"Keadaan ini boleh menjejaskan imej kerajaan serta hasrat untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”,” katanya dalam surat edaran bertarikh 14 Mei yang disiarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.

Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi; a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu; b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan. - Bernama

(HMM..CIKGU2 PUN KENA LA JUGA JAGA MULUT KITA NI. MULUT KITA NI NAK PAKAI LAMA, YE LA, MULUT NI NAK GUNA MASA MENGAJAR KAN..SO, PANDAI2 LA JAGA MULUT KITA YE..)


No comments:

Post a Comment