Wednesday, May 26, 2010

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS


1) Memerhati

2) Mengelas

3) Mengukur dan menggunakan nombor

4) Membuat inferens

5) Meramal

6) Berkomunikasi

7) Menggunakan perhubungan ruang dan masa

8) Mendefinisi secara operasi

9) Meramal

10) Mengawal pembolehubah

11) Membuat hipotesis

12) Mengeksperimen

Monday, May 24, 2010

2 PERKARA PERLU ANDA UBAH UNTUK CAPAI KEJAYAAN


1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.

Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

2. Berbakti kepada orang lain.

Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.

Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.

Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.

Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.

Sunday, May 23, 2010



COLOURFULL..HIDUP RUMAH MERAH..

Saturday, May 22, 2010




PENJAWAT AWAM DILARANG BUAT SEBARANG BENTUK PERNYATAAN AWAM

15/05/2010 6:07pm

KUALA LUMPUR 15 Mei — Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam — lisan atau bertulis — kerana dibimbangi boleh menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan.

Dalam surat edaran kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam mengingatkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi penjawat awam berkaitan pernyataan awam.

"Dimaklumkan bahawa, Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk pernyataan awam yang dibuat pegawai awam sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.

"Keadaan ini boleh menjejaskan imej kerajaan serta hasrat untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”,” katanya dalam surat edaran bertarikh 14 Mei yang disiarkan dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.

Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi; a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu; b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan. - Bernama

(HMM..CIKGU2 PUN KENA LA JUGA JAGA MULUT KITA NI. MULUT KITA NI NAK PAKAI LAMA, YE LA, MULUT NI NAK GUNA MASA MENGAJAR KAN..SO, PANDAI2 LA JAGA MULUT KITA YE..)


Friday, May 21, 2010

PROGRAM PEMBAIKAN SEKOLAH (SIP)

Apa itu Program Pembaikan Sekolah?

1) Program daripada Kementerian Pelajaran yang dinamakan Program Pembaikan Sekolah (SIP) bagi membantu sekolah-sekolah yang belum mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) melonjakkan prestasi mereka.

2) Tujuan program ini ialah memberi peluang semua sekolah, tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar, mendapat pengiktirafan sebagai SBT.

3) Menerusi sistem baru ini setiap sekolah akan dinilai dan kementerian melalui para pegawai akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi membaiki kelemahan tertentu sekolah itu.

4) SIP mengandungi dua intipati utama iaitu toolkit pembangunan prestasi sekolah (SIT) bagi menganalisis kekuatan dan kekurangan sesebuah sekolah berdasarkan kepimpinan, guru, murid dan ibu bapa serta infrasruktur.

5) Hasil daripada analisis SIT itu setiap sekolah akan merangka dan merancang Pelan Pembangunan Prestasi sekolah masing-masing dan akan diserahkan kepada kementerian untuk dianalisis bagi menentukan pelan terbaik untuk sekolah itu.

SERLAHKAN POTENSI! TINGKATKAN PRESTASI!

Thursday, May 20, 2010

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG

Oleh : Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10 % apayang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
o duduk tegak dikerusi yang selesa
o baca doa penerang hati
o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o fikir dan ingat kembali isi utama
o catat/lakar
o semak semula ketepatan maklumat
o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o buat rumusan
o jawab soalan
o tampal maklumat yang rumit di dinding
o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o jangan makan kepala ikan
o jangan makan organ dalaman
o jangan minum semasa makan
o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o jangan melihat kemaluan
o jangan melihat buih
o jangan membaca nama pada batu nisan
o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
o banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o banyakkan makan kekacang
o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o jangan makan sehingga terlalu kenyang
o jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
o tampal nota-nota penting di dinding
o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o gunakan kaedah akronim
o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
o mempunyai jadual belajar
o patuh kepada jadual
o buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o taat kepada Allah
o mendirikan sembahyang
o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o hormati & sayangi guru
o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o membantu rakan yang memerlukan
o berdoa dan bersyukur kepada Allah
o sentiasa bertawakal
o mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Wednesday, May 19, 2010

1,225 cop tangan hargai jasa guru


SEBAHAGIAN pelajar dan guru memegang kain rentang yang mempunyai cop tangan dan slogan sempena sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Tasek Mutiara, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.


NIBONG TEBAL 21 Mei - Pelbagai cara dilakukan oleh murid-murid sekolah bagi menghargai jasa guru masing-masing sempena sambutan Hari Guru.

Bagi 1,225 orang murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara di sini, mereka merentang kain sepanjang 50 meter yang dipenuhi cop tangan masing-masing sebagai ikrar untuk menjadi pelajar terbaik.

Guru besar sekolah berkenaan, Hudzairi Abd. Ghani berkata, idea untuk mengadakan aktiviti itu datangnya dari beberapa orang guru yang mengajar di situ.

Jelasnya, ia berjaya disiapkan dalam tempoh seminggu hasil komitmen para guru dan murid yang begitu bersungguh-sungguh menjayakannya.

"Saya percaya ia merupakan kali pertama kain rentang terpanjang seumpama ini dibuat di Pulau Pinang sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

"Aktiviti ini adalah selaras dengan sasaran kami untuk menjadikan sekolah ini tersenarai dalam 10 buah sekolah terbaik di Pulau Pinang menjelang 2014," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di sini hari ini.

Sebelum majlis bermula, upacara memotong kek diadakan diikuti membaca ikrar yang diketuai seorang guru, Salindar Singh.

Penyelaras program Hari Guru sekolah itu, Mohd. Nor Suhaili Jamali pula memberitahu, pada kain rentang itu juga mengandungi pelbagai slogan berupa tulisan tangan pelajar sendiri.

"Tulisan tangan pada kain rentang ini begitu bermakna sekali, ia melambangkan kasih sayang pelajar kepada guru kelas masing-masing," katanya.

JELESNYA..NI LA SEKOLAH SAYA DULU..SEKOLAH KEDUA TEMPAT SAYA MENGAJAR SELEPAS SEKOLAH KEB TAMAN MERAK. SAYA MERUPAKAN SALAH SEORANG GURU YANG MULA BERTUGAS DI SEKOLAH YANG BARU BEROPERASI PADA JULAI 2004. FUHH..TAK TAU LA NAK CAKAP MACAMANA SEKSANYA KAMI MASA TU. DENGAN HANYA 16 ORANG GURU SAHAJA SEDANGKAN BANGUNAN SEKOLAH..MAK AIII..PUNYA LA BESAR.. KAMI DIBERI TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BESAR DAN BERAT UNTUK MEMULAKAN OPERASI SEKOLAH TERSEBUT. MASIH SAYA INGAT, DENGAN PENGALAMAN MENGAJAR YANG BARU 6 BULAN, SAYA DAN CIKGU2 LAIN TERPAKSA MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS FAIL, MENYIAPKAN BILIK2 KHAS DAN KELAS. SIAP CAT DINDING2 BILIK KHAS TU, TAKNAK DINDING KALER PUTIH..HUHU...PUSING2, MUKA TU LAH KETUA PANITIA, MUKA TU JUGAK LA AHLI PANITIA. MASA TU JUGAK SAYA DIPERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMEGANG JAWATAN PENYELARAS PPSMI DAN PENYELARAS MAKMAL SAINS YANG ADA 2 BILIK TU. NAIK SEMPUT SAYA DIKELILINGI DENGAN SEGALA MACAM PERALATAN ICT DAN ALATAN MAKMAL YANG BERKOTAK2 TU. MASA TU, TEBAL JE KAD STOK SAYA KENA PEGANG..ISH ISH..KALAU DIKENANG2 SEMULA, MEMANG SEKSA BETUL LA, MANA NAK MENGAJAR, MANA NAK SIAPKAN SEGALA TU LAGI. TAPI ALHAMDULILLAH, DALAM KEKALUTAN DAN SEMANGAT SEBAB TU SEKOLAH BARU, SEGALANYA SIAP. NAK MINTA TOLONG ORANG LAIN, SEMUA ADA TUGAS MASING2. INGAT LAGI PADA KAK NORLIA, DIA TENGAH SARAT MENGANDUNG MASA TU, TAPI BOLEH MEMANJAT TANGGA TEMPEK HURUF2 KAT DINDING LIBRARY. KAMI2 YANG BELUM KAWIN NI GAYAT..SO, JADI TUKANG HULUR KAT DIA.. :) AKHIRNYA, PADA DECEMBER 2005, SAYA BERTUKAR KE SEKOLAH KEB. PERMATANG TOK MAHAT ATAS ALASAN MENGIKUT SUAMI..HUHU..SEDIH TAK TERKATA..NANGIS SAMPAI BENGKAK2 MATA..MUNGKIN KERANA CINTANYA SAYA PADA SKBTM HINGGAKAN SEKARANG STICKER KERETA SKBTM MASIH MELEKAT ELOK DI KERETA SAYA, DAN STICKER SKPTM NI PULAK..BUKAN SAYA TAK TAMPAL, TAPI DAH 2 KALI DAH TAMPAL, CUMA TAK BERTAHAN LAMA..ASYIK TERCABUT AJE..NAPE EKK??

Tuesday, May 18, 2010

SAMBUNG BALIK CERITA LAMA..

Dek kerana terlalu rapat dengan pak guard, mudahla saya and the geng balik lambat masa outing. pak guard akan simpankan buku outing kami..wakaka..kalau tak, confirm nama naik masa perhimpunan..wakaka.. ye lah, bukan senang nak dapat teksi balik. Berebut.. (ceh..alasan..)

Sehari sebelum nak tamat matrik, pak guard dah pesan..ESOK EKAU JALAN TERUS AJO..JANGAN STOP JUMPO EDEN KEK SINI (err..betul ke longhat nogori ni?) NANTI EDEN NANGIS..SODIH..huhu.. tapi bila sampai waktunya, saya minta papa stop kat pondok guard tu.. terpaksa le mendengar jerkahan dia dari jauh..NAPONYO EKAU BERENTI..EDEN DAH POSAN.. sedih melihat airmata pak guard mengalir..agaknye dia dah anggap saya ni macam anak dia sendiri kot..dengan sedih2 tu, saya pun nangis sama. Sempat juga papa ucapkan terima kasih kerana menjaga anaknya yang 'nakal' ini.. itulah kali terakhir saya jumpa dengan beliau.. On the way balik, sempat juga saya singgah ke Istana Menanti. Setahun duduk situ, hampeh betul..sekali pun tak pernah jejak kaki ke situ.. hmm..sebenarnya..apa yang saya nak sampaikan di sini ialah..SAYA RINDU ZAMAN MATRIKULASI SAYA.. huhu..

Monday, May 17, 2010

TAHNIAH

Baru2 ni, ramai juga member2 cikgu yang ambil cuti untuk menghantar anak2 mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA selepas SPM. TAHNIAH buat ibu bapa dan anak tersebut. Buat si anak, ini baru permulaan hidup anda. Jangan hampakan harapan ibu bapa anda. Ni bukan masa goyang kaki. Saya masih ingat masa mula2 masuk matrikulasi kuala pilah (PMKP) dulu, pengarah kami yang kami panggil pengetua berpesan yang mana jangan anggap yang sebelah kaki dah masuk universiti bila dapat masuk matrikulasi. Masa kami dulu, PMKP under UKM.. tapi matrikulasi sekarang ni...huhu..payahnye nak pilih universiti pilihan dengan course yang sesuai coz banyak sangat saingan. Nak tak nak..kene le buat yang terbaik.. Rindu pulak kat zaman matrik dulu..nasib ada facebook, dapat le jumpa balik dengan kawan2 lama.

Ada story sikit..masa tu kami merupakan final batch yang akan duduk di situ. Elok je lepas kami keluar, dengar kata terus roboh bangunan lama..huhu.. Masa tu, saya agak rapat dengan pak pak guard kat situ. Rapat ada makna.. (boleh balik lambat dari outing..wakaka..).. eh..nanti le sambung ekk..ada hal le pulak..

Sunday, May 16, 2010

SALAM..

Salam semua..
Finally ada juga lebihan-lebihan masa yang saya berjaya curi dari kesibukan saya selama ini untuk hasilkan blog yang baru. Walaubagaimanapun, blog yang lama cikgu zaihan masih belum saya delete. Biarla dulu ye.. tapi memang saya akan delete la blog tu satu hari nanti. :p

Selain dari blog tu, jemput2 le singgah ke blog bisnes saya..oppss..ada dua bisnes...wakaka..dalam dok sibuk2 tu, sempat jugak saya berbisnes ni. Kene pandai curi2 masa, asalkan kerja yang sepatutnya tak terabai. Itu wajib tu..Karang tak halal pulak gaji yang saya dapat tiap2 bulan.

Hmm..harap2 blog yang entah ke berapa ni akan lebih aktif berbanding blog yang sedia ada. Jumpa lagi dalam post akan datang.. :)