Salam semua, baru baca paper online Harian Metro, berita tentang perkahwinan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35. Yang baru sahaja berkahwin (baru tau dia kawin bila baca news tadi) dan telah memfailkan perceraian selepas sebulan berlahwin dengan isterinya iaitu Norhayati Othman, 38. Sebelum ini pun Roslin pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad,32, yang hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009 Berikut di bawah saya sertakan berita dari Harian Metro Online.
KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.
Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.
Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.
Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.
Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.
Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Nota saya : Sekarang kahwin dah macam main-main je, alahai kesian dengan isteri tak pasal-pasal jadi janda. apa pun mudahan yang terbaik buat mereka berdua.
an, sejak bila blog hg udoh jd mcm OH Bulan ni??? haha...
ReplyDeletehuhu..sejak aku gatal2 tangan edit ntah apa2 ntah..
ReplyDelete