Tuesday, August 24, 2010

MERDEKA 31 OGOS 1957


 
                  malaysia-bendera-jalur-gemilang

Setiap negara mempunyai benderanya sendiri. Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia merupakan suatu simbol yang melambangkan identiti sesebuah negara. Penggunaan dan penghormatan ke atas bendera dapat meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat.

Bendera Malaysia telah diberi nama JALUR GEMILANG oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.

JALUR – bermaksud 14 jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan hala tuju rakyat negara Malaysia dalam mencapai kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. JALUR GEMILANG memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang dan jelas.

Saya amat tertarik dengan petikan yang pernah saya baca sebelum ini (dah lama save dalam file coz nak buat bahan ucapan tapi lupa sumber ni dapat dari mana). Jom kita kongsi artikel ni..baca dan hayati..
ERTI KEMERDEKAAN DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin.
 
Umat yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
 
Erti sebenar kemerdekaan bagi generasi muda pada masa kini semakin luntur serta tidak dihargai dan ia terbukti apabila berlakunya pelbagai kes membabitkan golongan itu seperti buli dan samseng selain lumba haram.
 
Erti kemerdekaan berbeza bagi setiap orang, bagi golongan veteran yang berjuang dengan darah dan air mata, ia sesuatu amat berharga apabila dapat bebas daripada penjajah tapi bagi golongan muda, mereka menganggap ia sebagai hari cuti umum.

Semua pihak haruslah mempertahankan kemerdekaan negara daripada anasir jajahan kuasa besar seperti menerusi tekanan ekonomi yang terselindung di sebalik bantuan kewangan sehingga menyebabkan beberapa negara kini bergantung harap kepada pihak terbabit.

Penjajahan pada masa sekarang datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata.
 
Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.

Tuesday, August 17, 2010

MENU BERBUKA PUASA

Salam semua.. Puasa tak harini? Huhu.. Actually saya sangat-sangat bosan sekarang ni. Bukan bosan pasal kerja, tapi bosan memikirkan apa la menu yang paling sesuai saya nak masak untuk berbuka hari ni. Lately saya banyak refer kat RESEPI ni, tapi hari ni saya rasa macam bosan la. Tapi kejap tadi ada la saya risik-risik dengan rakan sekerja apa menu yang dia nak masak hari ni. Hmmm..Nampak gayanya terpaksa la saya mencuri idea dia..aduii..nak buat macamane, otak dah jammed..


                                                                                                                                                      
            
                       sodapnyeeeeeeeeeeeeeee....................slurpppp..

Roslin Hashim failkan cerai selepas sebulan berkahwin



Salam semua, baru baca paper online Harian Metro, berita tentang perkahwinan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35. Yang baru sahaja berkahwin (baru tau dia kawin bila baca news tadi) dan telah memfailkan perceraian selepas sebulan berlahwin dengan isterinya iaitu Norhayati Othman, 38. Sebelum ini pun Roslin pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad,32, yang hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009 Berikut di bawah saya sertakan berita dari Harian Metro Online.
               
KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.
Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.
Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.
Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.
Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.
Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Nota saya : Sekarang kahwin dah macam main-main je, alahai kesian dengan isteri tak pasal-pasal jadi janda. apa pun mudahan yang terbaik buat mereka berdua.

Sunday, August 8, 2010

KETIKA ALLAH SWT MEMILIHMU UNTUKKU


Ketika Allah Memilihmu Untukku..

dedikasi khas buat suami tercinta Muhamad Yazee sempena ulang tahun perkahwinan kita yang ke-5 pada 21 Ogos ini..

moga perkahwinan kita kekal selamanya bersama anak-anak yang dikasihi..amin..

 Muhammad Iman Atiq & Muhammad Iman Atif

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----



( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )



Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga."
(HR. Ahmad dan Thabrani)